Thursday, September 27, 2007

Lelaki ke dapur?


  • JENNIFER TENTY ANAK KASONG
  • HT2006-5075
  • MIRI,SARAWAK.
  • SINGLE BUT NOT AVAILABLE
  • READING BOOK.
  • SWEET ESCAPE..

TITLE:

LELAKI KE DAPUR????

Sangat janggal rasanya apabila kaum lelaki ke dapur untuk “sepenuh masa” meskipun kini ramai lelaki memilih profesion chef sebagai pilihan.Apatah lagi baru-baru ini isu ramai kaum lelaki ke dapur mendapat perhatian ramai pihak.Apakah ini satu fenomena baru dalam masyarakat moden kita kini?

Senario biasa dilihat apabila lelaki ke dapur adalah bertujuan untuk meringankan beban si isteri yang penat melayan karenah anak-anak dan melakukan kerja rumah yang lain. Pada masa yang sama dapat mengukuhkan rumah tangga kerana sikap saling tolong menolong dan bertoleransi wujud pada diri kedua-dua pihak dan ini dilihat sebagai perkara yang baik dalam masyarakat. Walau bagaimanapun lain pula isu nya kini, lelaki ke dapur kerana “tugas” yang sepatutnya menjadi rutin seorang isteri. Si suami bukan saja ke dapur malah melakukan pelbagai kerja rumah dan mengambil peranan si isteri dalam menjaga anak-anak.

Isu ini terjadi kerana golongan wanita kini lebih berpelajaran dan berjaya menjawat jawatan yang tinggi di sektor awam dan swasta daripada golongan lelaki. Tinjauan di universiti-universiti Malaysia menunjukkan lebih 60 peratus kaum wanita belajar di institusi pengajian tinggi awam mahu pun swasta dan hampir “menguasai” institusi pengajian tinggi. Di bidang professional pula, hampir 45 hingga 65 peratus wanita menjawat jawatan tinggi di sektor awam mahupun swasta. Golongan lelaki pula tercicir dan dikaitkan dengan banyak terlibat dengan gejala sosial seperti penagihan dadah dan ecstasy, lumba haram dan terlibat dengan pelbagai jenayah seperti pecah rumah, merompak, mencuri kenderaan dan sebagainya. Namun inilah reality sebenar masyarakat kita sekarang, wanita mempunyai pilihan yang terhad dalam memilih pasangan hidup yang setaraf dengan pendidikan mereka. Maka berlakulah perkahwinan diantara pasangan yang berbeza taraf pendidikan. Gaji si suami yang hanya tiga angka terpaksa bekerja di ceruk dapur manakala si isteri mampu berkereta besar, berpakaian cantik dan mahal dengan gaji empat angka nya.

Menyedari reality ini, adakah ini yang masyarakat kita ingin bentuk pada masa akan datang? Lelaki bergantung kepada gaji si isteri sedangkan menurut agama dan norma hidup lelaki yang sepatutnya memberi nafkah kepada si isteri dan anak-anak. Peranan si suami di ambil alih oleh isteri dan sebaliknya mengakibatkan berlakunya kekeliruan peranan yang ditafsir oleh anak-anak mereka. Keadaan ini amat betentangan dengan norma masyarakat kita sebenar. Namun ada sesetengah orang pula beranggapan ia adalah perkara normal apabila isteri yang bergaji lebih tinggi daripada suami berkerja manakala suami pula duduk di rumah dan menggantikan peranan isterinya asalkan ianya mendapat persetujuan dan kesepakatan kedua-dua pihak.


Bagaimana Meningkatkan Pengajaran dan Pengalaman Pembelajaran di dalam kelas.

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar .

Untuk meningkatkan pengajaran dan pengalaman pembelajaran dalam kelas, pensyarah haruslah menggunakan strategi yang berbeza dalam kuliah. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Selain itu, adalah perlu pensyarah menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, cara penyampaian kuliah yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas.

Tempat atau kelas haruslah kondusif bagi kelas Rangkaian Internet dengan di lengkapi dengan komputer and rangkaian internet. Ini dapat membantu pelajar merasai sendiri subjek ini dengan lebih efektif.

Pensyarah pula mesti berinteraktif dengan pelajar dengan lebih banyak memberi soalan berkenaan topik yang diajar selepas memberi penerangan tentang kuliah. Pelajar akan lebih memahami dan akan sentiasa lebih bersedia sebelum bermulanya kuliah.